Monday 2 May 2011

sardine roll everyday pon xpe..~


Assalamualaikum.. 
whiterose~
slalu pergi gerai jual kuih muih tepi jalan tu xpernah miss beli roti sardin gulung ni.. kalau kene yang pandai buat xde la berminyak sangat.. tapi aq slalu je wat yg kurang berminyak.. caranyer? mudah saja sesenang hafal abc..
ni resepi my mum yang turunkan.. ada 2 cara tw.. 1 pakai roti biasa, 1 lagi guna pastry..

Sardine Roll-bread gardenia~

Bahan2:

1 buku roti (slalu je guna gardenia-makan gitu je da sedap)
1 tin sardin saiz medium  (ayam brand better taste than other brand..mak yang kata..)
1/2 biji bawang besar (di potong dadu)
2 biji cili merah (dihiris )
2 biji limau nipis (bagi 3 rasa..)
lada sulah secukup rasa
garam secukup rasa
2 biji telur (dipukul terlebih dahulu)
minyak untuk menggoreng..(seri murni kot.. hahahaa)

Cara2:
  1. sediakan roti.
  2. Sementara menunggu, lecek sardin, limau nipis, garam dan lada sulah dalam 1 mangkuk sederhana besar.
  3. Masukkan bawang besar dan cili merah.
  4. Ambil sekeping roti, tekan roti tersebut dengan jari supaya leper. kalau roti tidak leper, ia akan menyerap minyak semasa menggoreng.
  5. Ambil satu sudu sardin td dan letakkan di atas roti dan gulung sambil tekan2 sapu sedikit telur pada roti.. (macam gam kan supaya xterbuka gulungan tu..Insya Allah). Buat sampai semua roti habis di gulung.
  6. Panaskan minyak dalam kuali. Api jangan terlalu besar. Kalau api besar, roti cepat hangus dan hitam..
  7. Celupkan roti sardin yang telah digulung tadi di dalam telur dan gorengkan di dalam kuali sehingga warna kuning2 cantik.. hehehe..
  8. Angkat dan toskan.
  9. Sedap kalau dicicah bersama sos cili.. Nyum2..
  10. Sedia di hidang bersama air teh, milo atau aper2 saja semasa breakfast dan minum petang..(slalu ngan teh strawberi yg diimport dari cameron highland)

then then then...
yg ni plak ala3 omputih style.. gune pastry..

(60 keping-boleh simpan untuk esok / lusa juga)
PASTRY:
250g mentega
500g Tepung gandum
sedikit garam
air (untuk adun)

adun tepun dan mentega sehingga sebati menjadi macam roti. tambah sedikit garam secukup rasa dan air sehinga menjadi adunan. sejukkan sementera tunggu inti sardin..
 
INTI SARDIN:
(sama je macam atas.. so copy paste la..)

1 tin Sarden - tiriskan & dihaluskan
1 / 2 bawang besar - potong dadu/cincang
2 Cili Merah - hiris
1 Kasturi LimeSalt
1 atau 2 biji telur
-Kacau rata

kaedah seterusnyer~
isi inti dalan gulungan pastry yg da siap sedia dari td. lepastu, potong gulungan pastry (lebih kurang 1,5 "panjang) & slice atas permukaan sebelum menggosok dengan telur dipukul.
Panggang pada suhu 175C selama 30 minitserve ngan tea best~! 

2 comments: