Monday 11 March 2013

Suatu ketika dahulu

Masih ingat pada sang mentari ini? Ianya pernah menceriakan hidup sy..

Unik.

@ssalamualaikum..
whiteroseku...~

Sedih sedih dan sedih menyelubungi hidup. Perasaan yang tak dpt aku gambarkan. Ianya terlalu seni. Terlalu payah untuk.aku ungkapkan. Kadang-kadang aku sampai hilang arah. Kemana dimana siapa bagaimana sentiasa berlegar di minda. Pelbagai soalan yang bermain umpama kanak-kanak yang sentiasa girang leka bermain di padang permainan. Tetapi tudak di jiwa ku. Ku mulai bosan. Kawan karib pun dah berumah tangga. Tiada siapa yang dpt ku bercerita.. Yang pasti.. Semua ini tiada jawapan padaku..

Sunday 10 July 2011

perjalanan hidup baru..

Assalamulaikum..
Whiteroseku..

Esok adalah permulaan hidupku yang baru.. aku akan mula bekerja esok...~!
macam xpercaya. hadoi..ape pun xprepare laagi nie.. bermacam3 perkara yang aq dok pk dari start hari jumaat lepas. 
ape aq nak wat esok?
  • macam mana nak start keje nanti?
  • budak3 opis ok ke x nanti.. ke mcm xok? ke sangat sporting and boleh get long?
  • mcm mana kalau aq datang awal dari bos nanti mcm mana nak introduce diri kat dorang?
  • nak lunch kat mana?
  • ada x member yang sekepala nanti?
  • bos garang giler ke t?
  • budak3 nie boleh ke tolong aq..? aq da la slow motion sikit...
  • arrrghhh~!!!!!!!!!!!!!
terlalu banyak yang aq dok pk.. boleh ke aq hadapi nie sume nanti?  Ya Allah~ bantulah aq setiap kali aq ditimpa masalah..
harap esok dan hari2 akan dtg akan berjalan dengan lancar... aminnn...

Sunday 29 May 2011

diet mengikut kumpulan darah



Fakta

Diet untuk darah jenis A

Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.

Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Diet untuk darah jenis B

Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Diet golongan darah jenis AB

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Diet untuk darah jenis O

Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.

Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.

Kebaikan
  1.  Bagus jika anda tidak suka mencuba makanan baru dan hanya makan menu tertentu.
  2.  Anda tahu jumlah makanan yang anda makan dan banyak mana anda makan.
  3.  Walau apa jenis diet yang anda amalkan, anda masih perlu bersenam.
  4. Mengehadkan jumlah makanan boleh menyebabkan kekurangan berat badan.
  5. Pengambilan makanan yang siap diproses tidak digalakkan.

Keburukan
  1. Tidak ada penyelidikan saintifik yang menunjukkan kaitan antara jenis darah, jenis makanan dan berat badan.
  2. Tidak realistik kerana bukan semua ahli keluarga memiliki jenis darah yang sama.
  3. Diet berasaskan jenis darah sangat kompleks malah kerap kali dipertikaikan.
  4. Mengehadkan pemakanan menyebabkan anda mengalami kekurangan nutrisi.
  5. Memerlukan pengambilan makanan tambahan untuk menambah kekurangan nutrisi.

love at the first sight?

@ssalamualaikum..
whiteroseku...~
aq nak story morry bout cinta pandang pertama.. adakah orang yang berlainan jantina yang sentiasa bersama kita time suka duka itu cinta pandang pertama kita? adakah orang yang sanggup kene pukul demi kita cinta pertama kita? terlalu banyak untuk diperkatakan pasal cinta, tapi aq ada story tersendiri~
bermula darjah 1 aq ada kawan dengan seorang budak laki. kulit itam manis. mmg boleyh dikatakan best friend aq. kalau aq kene denda diri dalam kelas, dy la orang yang selalu join aq walaupun dak nie pandai. kalau x silap aq mula nama 'H'. tp bagi aq dy cuma kawan biasa je. then aq move to p.gudang. aq tomboi dulu mana x nyer kawan ngan sume laki. pernah sorang dak nie ajak kapel tp aq reject saja3 je. ada yang bagi aq lirik lagu kononnyer lagu tu khas untuk aq sorang je tp aq wat derk je, sampai 1 hari tu ade girl mintak aq lagu tu then dengan senang hati aq bagi.. 2 hari pastu si 'I' xtegur aq seminggu. rupenyer marah sebab lagu yg dy tuju khas tok aq tu aq sia3kan.. tp sape suruh xbagi tw yg dy suka aq.. sb aq lurus orang nyer. kene la straight to the point. 
masa form 3 aq minat giler ngan sorang budak nie IZ. dy form 4. setiap hari aq akan lalu kelas dy untuk tgok dy semata. dy anak cikgu. aq nak tackle IZ tp kawan dy ZK lak yang sangkut. aq pun kawan la ngan ZK untuk korek rahsia IZ. tp dalam tak diam ZK nie ade taruh hati kat aq tp as usual aq xtw sb dy xpernah gtw sampai la 1 hari aq marah ape ntah kat dy. habes story ngan dy baru la aq tw yg dy suka aq. tp aq still suka IZ.sampai 1 hari aq dapat tawaran ke sekolah teknik aq xtw nak g ke x. tp berat nak g tp cikgu aq larang habes~! aq wat solat istikharah. kalau petunjuk kata IZ jodoh aq aq akan stay sokolah tu.(bila pk balik cm xmasuk akalkan..ada ke wat solat istikaharah semata3 pasal laki. benggong~!) tp nyata bukan. so ngan senang hati aq move to melaka. 
masa hari pendaftaran kat smtj aq dpt kelas 4pke3. sistem kemasukan kelas nie random. ikut suka jer. sb misi skolah nie xnak berat kepada yg pandai je kot. sb ade je yg dpt 3A 4A  masuk kelas bawah. so masa aq g daftar masuk kelas tu aq rasa aq antara orang terawal yg dftar. so kene la tunggu. dalam masa aq tunggu tu ada sorang boy nie dtg dftar. 1st aq paling muka kat dy jantung aq berdegup kencang. lama aq pk. nape aq mcm nie? lama ak pk. rupanyer dy la lelaki yg aq mimpi dpt petunjuk tu. start hari tu aq mula suka dy dalam  diam. nama dy Z tapi aq gelarkan dy Amy-A ngan sorang bestfren aq dlm kelas supaya xde sape yg perasan. hanya kawan aq fatin je yg tw. hari3 aq perhatikan dy. xtw nape tiap kali mata kami bertembung aq rasa resah semacam. jantung berdegup kencang. A yg paling banyak kenangan manis aq simpan. pernah 1 hari pas habes bertugas(aq jadi pengawas) aq tengok dalam meja aq kemas tersusun buku3. pelik aq. sapa yg kemaskan nie. tp aq perasan A tengok je aq. mungkinkah dy? hehe.. pernah 1 hari tu kan aq nampak dy bagi 1 bar coklat cadbury kat sorang girl sempena bestday girl nie. dy suka girl nie tp masa dy nak bagi coklat tu terserempak ngan aq yg baru habes bertugas jaga kantin. masuk je kelas, kami sama3 terkejut aq nampak ade pen yg mungkin dy nak wat tulis ucapan dan 1 bar coklat cadbury tu. jeles sangat masa tu. dengan x semena3 aq termarah kawan dy yg tukang jadi penasihat tu. benci gile masa tu. marah kat perempuan tu sb dy da ade bf tp ngade suka kat A. marah + kesian kat A sb kene tipu ngan perempuan tu. tp bila aq nampak A mcm suka habes kat girl tu aq wat keputusan tok xsuke A lagi. sejak tu aq xpernah amek tw pasal dy lagi. tp xlama... sampai 1 hari tu, girl tu kantoi gak ade bf. tp aq  ingatkan aq da 0 hati pasal A tp upernyer masih ade lagi perasaan kat dy. sampai form 5 pun aq masih perhatikan dy. yg aq tw dy suka purple. 1  hari tu dalam meja aq ada 1 kancing beg dalam beg tu aq origami burung+kapal+bintang. cantik sangat~! xtw sape yg letak. mula3 ingat nak bawak balik asrama tp xnak la. sampai 3 hari aq xamek. tp aq nampak si A mcm xsenang duduk bila aq xbawak balik beg tu. then aq bawak gak balik bende tu ngan hati ngan riang. tp sampai skrg aq xtw sape yg bagi. pengalaman balik raya naik 1 bas orkid sama3. aq suka amek tiket bas lambat sb nak hayati pengalaman balik raya di perantauan. A pun 1 bas ngan aq. aq slalu sit tengah dan A as usual sit blakang. suka sangat waktu tu. A mesti akan beli roti dan 1 bottle air tok wat buka dalam perjalanan nanti.. sampai la habes skolah (spm) aq da xtw mana A pergi..
masuk poli aq kapel yg real (kira macam 1st kapel aq la..)setahun lebih je kapel ngan R. tp aq perasan, semenjak kapel ngan R hidup aq xtentu arah~. solat ntah kemana, mak aq panggil kat dapur aq lagi suka pekakan telinga tok main meseg ngan R. truk sangat aq masa tu. boleh dikatakan R no 1 dlm hati aq fmily aq lak no 2. tp skrg da lama putus. dy pun da ade kehidupan dy tersendiri. aq besyukur sangat yang aq da putus ngan R. walaupun hakikatnyer dulu aq sangat sedih. tp skrg no more cry~
baru3 nie aq ade buka album skolah. berdebar3 jantung aq biler terpandang gambar A. ya Allah~ rupanya masih segar ingatan aq pasal A. teringat kembali sb sukanya aq pada A dulu sampai gambar pun aq simpan. then yg terbaru aq jumpe blog dy tp da xactve. xtw nape semua gambar dy dlm blog tu aq save dlm laptop aq. kadang3 aq pun xtw nape aq wat nie semua. padahal dy belum tentu nampak aq. slalu aq tolak yg dy bukan jodoh aq. tp makin aq tolak makin kuat ingatan aq pada dy. ada pernah aq termimpi dy. sedar je dalam tdo jantung aq berdebar3..mungkingkah sb pertolongan Allah dengan memberi jawapan dalam solat istikharah aq dulu? mungkin A adalah jodoh aq yg sebenar? wallahualam~
insyallah kalau ada jodoh kami ada la nanti. cuma nak balik pada cerita. aq rasa A adalah my love at the first sight..
then then then....

Saturday 28 May 2011

pesanan untuk insan bernama lelaki~


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
24. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
25. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
26. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
27. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
28. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
29. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
30. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
31. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

32. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
33. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
34. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
35. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan
tips~

Puji - setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. 
Peluk - pasangan suami isteri hendaklah selalu memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.  
Penghargaan - amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
Perhatian - mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.  
Persefahaman - sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.  
Pergaulan - pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
Percutian - merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.  
Permohonan - doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.