Thursday 5 May 2011

minum petang bersama keluarga~

@ssalamualaikum..
whiterose~
hari nak kongsi resipi wat kuih buah melaka (faveret ayah nie) ngan kuih puteri berendam minum bersama teh strwberi yg panas (diimport dari cameron)

Kueh buah melaka
bahan3:

1) Tepung pulut (2 cawan)
2) Gula melaka (1 keping)
3) Daun pandan (3 helai)
4) Kelapa parut (1 cawan)
5) Air kapur (sedikit)
6) Garam (sedikit)
7) Gula melaka (potong dadu)

CARA3:
blend daun pandan yg da siap dipotong halus. perah air dy. hampas daun pandan boleyh buang. sediakan tepung pulut untuk dibuat dough. masuk air perahan daun pandan, garam dan sedikit air kapur ke dalam tepung pulut. gaul sampai sebati. campur sikit ngan air agar jadi dough tu. pastu ambil sikit doungh uli kat tapak tangan sampai jadi bulat. leperkan pastu masuk gule melaka yang da siap potong dadu. uli jadi bulat semula. pastu susun dalam pinggan sampai habes dough. lepastu tu didhkan air dalam periuk. sementara tunggu air didih, sediakan kepala parut dalam pinggan/mangkuk. tamah sikit garam dan gaul sampai sebati. hold dulu. air didid je masuk terus semua buah melaka 1 per 1 dalam air tu. tunggu sampai buah melaka tu timbul (kira da masak). angkat dan tos air dy pastu masuk dalam pinggan isi kelapa tadi. golek3kan sampai melekat kelapa td. siap..
then, then, then...
Kueh puteri mandi
Bahan3:
1) Tepung pulut (1 cawan)
2) Kelapa parut (1/2 cawan)
3) Gula melaka (1 keping)
4) Daun pandan - untuk dikisar (3 helai)
5) Daun pandan - dicarik (1 helai)
6) Santan (1 cawan)
7) Air kapur (sedikit)
8) Garam (sedikit)
Cara3: 
pertama sekali, kisar daun pandan yang dipotong bersama sedikit air hingga hancur. Selepas itu, tapis dan ambil airnya. Kemudian, gaul tepung pulut bersama sedikit garam dan air perahan daun pandan tadi. Tambahkan air dan gaul hingga membentuk doh. Setelah itu, bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil. Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk. Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendidih tersebut hingga masak.Kuih akan terapung apabila sudah masak, angkat dan toskan airnya. (kaedah lebih kurang sama je kan macam buat kueh buah melaka tu. cuma xletak gula melaka jer..)Sementara itu, panaskan kuali, dan masukkan kelapa parut, diikuti dengan santan, daun pandan yang dicarik-carikkan, dan gula melaka. Kacau sebentar dan masukkan 1 cawan air. Kacau lagi hingga gula melaka benar-benar hancur. Kemudian, masukkan sedikit garam dan kacau lagi hingga sebati.Akhir sekali, masukkan kuih tadi gaul hingga sebati.
Kuih puteri mandi sedia untuk dihidang

No comments:

Post a Comment