Saturday, 21 May 2011

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur?...


Bismillahirahmanirahim..memulakan dengan lafaz suci.. moga sgala yang dibaca diberkati Allah.. Assalamualaikum wbt ..

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang

Monday, 16 May 2011

la tahzan, sesungguhnya Allah bersama dengan kita~

Terima kasih cikgu

@ssalamualaikum..
whiteroseku...
semalam hari guru.. tarikh sambutannya berlainan antara satu sama lain. Sebagai contoh negara Brunei menyambut hari guru pada 23 September,Indonesia - 25 November, Singapura – 1 September, Sepanyol – 29 Januari, Arab Saudi – 28 Februari dan Amerika Syarikat menyambutnya pada hari Selasa minggu pertama dalam bulan Mei. so xkisahla bler pun nak sambut asalkan kita kat malaysia sambut 16 mei every year..so kat sini aq nak kongsi sikit pengalaman aq semasa time skolah dulu..
time tadika aq disekolahkan kat tadika Abim..bagus tadika ni sebenarnye.. banyak ajar tentang ilmu agama.. disebabkan belajar kat sini aq turut segala ilmu yg diturunkan.. tak boleh tipu ibu bapa, jgn mencuri, hormat ibubapa, sayang mereka, kalau dpt makanan kat skolah aq sanggup xmakan untuk bwk blik bagi mak aq makan dulu..dan banyak lagi.. mak ayah aq keje so yg hantar ambil aq balik skolah nenek aq yg aq panggil atok. selagi atok x dtg aq tggu je sorang3.. atok sampai je aq 'pau' aiskrim malaysia..
masuk darjah 1 aq sekolah parit khadi muar.. 1st day aq dpt skolah 1 mawar. ayah aq letak beg atas meja je pastu da kene beratur perhimpunan. balik je kelas tgok tempat aq da kene curi.. nangis aq masa tu.. sampai la cikgu razali pujuk aq masuk kelas du 1 ros. masa tu ade 2 kelas je.. kelas pandai kelas mawar.. tp aq bersyukur sangat sebab cikgu tu baik. sangat baik.. mana tak sampai skrg aq slalu ingat dy. xputus doa aq tok cikgu razali. aq ingat lagi bile lepas rehat cikgu mesti berpantun.. gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati...sambil ketawa.aq darjah 2 mawar dan 3 mawar. bulan 3 darjar 3 aq pindah pasir gudang. darjar 3-6 kat skpg4-sekolah kebangsaan pasir gudang 4. ramai cikgu ajar tp aq lupe nama tetapi masih ingat raut wajah guru3 aq. antaranya cikgu yang slalu denda aq diri atas kerusi pastu cubit aq sampai lebam sb aq xbuat keje skolah tatabahasa..ustaz yg akan buat spotcheck setiap kali kelas agama. dy akan tya samada kami solat subuh ke x. sebabkan aq jujur aq ngaku la x solat. darjah 4 adil masa tu. balasan jer ke rotan kat tapak kaki..sebabkan rotan tu aq masih ingat pesan dy yang solat itu tiang agama..tanpa tiang yg kukuh runtuh la agama kita..cikgu matematik yang akan denda ketuk ketampi 100 kli sebab aq dulu slow math. report card merah jer memanjang sampaikan aq turun tangga pun ketar kaki... sebab masa tu aq kelas tingkat 3. disebabkan itu aq sekarang terror math.. cikgu zurina yang ajar kelas kami muzik sampai kelas aq juara pertandingan nyanyi sempena hari guru. cikgu sukan yg denda aq lari tanpa henti sebanyak 3 kali naik turun tangga sekolah 3 tingkat sebab aq xrety sambut bola. masa tu aq wakil sekolah bola jaring. sakit kaki tp disebabkan tu juga aq reti main bola jaring sampai sekolah kami juara bertahan netball. 
form1-form2 aq pindah lagi ke sekolah aglo chinese school-ACS setiawan perak. masa ni aq teruk. report card slalu merah. sampai kene panggil kaunseling sb gado ngan pengkid. haha tp dak pengkid tu la skrg kawan baik aq.. sb cikgu tu jugak la banyak buka minda aq supaya jgn terlalu main3 masa blajar. form 3 pindah balik muar masuk sekolah dato sri amar diraja. ada cikgu geografi slalu sangat marah aq sb aq sangat xminat subjek tu. tp sb marah dy la aq lulus dengan cemerlang subjek tu. kat skolah nie aq slalu dapat pujian ngan cikgu syeihk sebab aq terror math. sampaikan aq dapat transfer skolah asrama jasin pun dy halang. siap buat surat kat mak ayah aq sow xbagi aq ke sana. dy kata masa depan aq kat sini lagi cerah. tp aq sendiri yg nak ke sana. so bye3 la cikgu. doakan saya jadi orang yg berguna nanti. 
tahun 2005-2006 form4-5 aq masuk skolah teknik jasin melaka-smtj dapat kos pengajian kejuruteraan elektrik elektronik. 1st time masuk asrama. sedih sangat time mak ayah aq blik pas hantar aq kat sini. malam 1st day tu aq rindu kat atok sebab tiap hari tido ngan atok tp mlm tu aq sorang3.. nangis.T_T. tp sekolah nie jugak banyak ajar aq kehidupan yang hakiki..sekolah ni banyak dekatkan aq lagi ngan solat. tiap petang mesti g surau jemaah ramai3 magrib. khamis je jemaah magrib sampai isya. aq diberi peluang tok jadi pengawas masa nie. ustaz safarin ustaz paling aq rasa lelaki terbaik la sb dy slalu cerita dy xbagi istari dy kemas rumah. sume keje dy wat. sebab dy kata tugas seorang isteri hanya hias diri dan layan dy. bukan hamba kepada suami. dy pernah minta nak rasa sakit nye mengandung. doa dy makbul. pastu dy doa balik agar sakit tu biarla isteri dy je tanggung sebab dy xkuat. sweet kan.. cikgu zaidi ajar kelas kami pke. cara sambung wayar tp banyak teori. trus terang ckp masa form 4 aq sangat main3.. report card aq berderet merah. sampai aq malu nak bagi ayah aq sain. nangis aq masa tu. lepas tu aq terus berazam nak blajar betol3.. berkat doa aq aq dapat ubah diri kepada yg baik. masa form 5 aq suker sangat subjek lk. lukisan kejuruteraan. sampai aq gtw cikgu aq nanti leyh jadi ape sb aq suke lk. dy kata awak boleh jadi arkitek nanti. wah~ kat sekolah ni banyak pengalaman aq lalui. susah senang jatuh bangun aq sorang3.. 
form 6 sekejap je kat sekolah menengah sri muar. ade sorang cikgu sport nie sbkan mulut laser dy la aq juara perseorangan pentonge. form 6 xramai orang sangat. tp sekejap je pastu aq transfer ke politeknik merlimau. kat poli pon sama. jasa lecturer aq sangat banyak yg telah turunkan ilmu kat aq. kat sini aq belajar banyak perkara gak. suka duka aq lalui. best~! belajar dari tarah rata ke tanah tinggi ke laut sampai lemas3.. sampai eksiden motor. kat poli lect ajar banyak kene berdikari atas kaki sendiri xsama macam zaman skolah yg kene suap. cik siti salwana ialah lect merangkap pa kami. sangat sweet dn manja tp open minded dan suka campur hal personal ngan bukan personal. punya karisma tersendiri. xla ramai sangat lect dsb tp cik wana a part of yang banyak tolong kami jatuh bangun. so kepada lect lain pun sama gak banyak tolong..
so, all and all jutaan terima kasih kepada semua guru3 yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada aq selama hayat aq. terima kasih kepada cikgu3 yang da rotan, cubit, denda, marah, sindir sampai hatap xleyh tahan.. sebab benda3 remeh tu la aq skrg mampu berdiri atas kaki sendiri. dan Al-Fatihah kepada arwah cikgu razali yg da pergi ke rahmatullah pada zaman umo aq lebih kurang form 3. dy la cikgu yang paling aq sayang sebab dy peyayang.. kepada mereka yang telah banyak berjasa harap diampun atas segala kesalahan yg da saya buat.. saya mohon cikgu3 semua halalkan ilmu yang saya ambil..

Tuesday, 10 May 2011

kuih talam pisang~!

@ssalamualaikum..
whiterose...
today, nak kongsi sikit cara wat minum petang nie.. 1st time try..

Bahan3:
1) Pisang (1 sikat)
2) Tepung gandum (1 cawan)
3) Gula merah (1 cawan)
4) Telur (1 biji)
5) Kelapa parut (1/2 cawan)
6) Santan (1 cawan)
7) Garam (sedikit)

cara wat:
1st skali panaskan tempat pengukus.. sementara tgu air masak ambil semua pisang tu masuk dalam mangkuk pastu lenyek sampai lumat, masukkan gula merah gaul bersama. da ok masukkan plak klapa parut td.. gaul lagi.. pecahkan telur ayam yer sebiji masukkan dlm mangkuk tadi.. gaul lagi. tambah sedikit garam secukup rasa.. pastu campur skali ngan tepung. agak3 balance..(xcair sangat xpekat sangat) pastu ambil loyang tambah sikit minyak guna berus sapu biskut raya tu dekat loyang.. gunak jari pun leyh gak untuk ratakan minyak.. tp harus ingat yer minyak sapu sikit jer jangan banyak sangat nanti lembik.. da tu curahkan bahan yg da gaul td masuk dalam loyang. loyang tu lak masuk dalam tempat pengukus. sementara tgu nak masak leyh sediakan santan campur garam dan tepung ikut sukatan supaya janhan cair sangat. pastu kalau pisang da agak masak tu masukkan air santan yang da wat tadi curah atas pisang tadi.. pastu tunggu sampai masak.. settle.. leyh r hidang ngan teh.. hahahaa then..then..then....

Saturday, 7 May 2011

Dan Byrd-Boulevard

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"


"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

Thursday, 5 May 2011

minum petang bersama keluarga~

@ssalamualaikum..
whiterose~
hari nak kongsi resipi wat kuih buah melaka (faveret ayah nie) ngan kuih puteri berendam minum bersama teh strwberi yg panas (diimport dari cameron)

Kueh buah melaka
bahan3:

1) Tepung pulut (2 cawan)
2) Gula melaka (1 keping)
3) Daun pandan (3 helai)
4) Kelapa parut (1 cawan)
5) Air kapur (sedikit)
6) Garam (sedikit)
7) Gula melaka (potong dadu)

CARA3:
blend daun pandan yg da siap dipotong halus. perah air dy. hampas daun pandan boleyh buang. sediakan tepung pulut untuk dibuat dough. masuk air perahan daun pandan, garam dan sedikit air kapur ke dalam tepung pulut. gaul sampai sebati. campur sikit ngan air agar jadi dough tu. pastu ambil sikit doungh uli kat tapak tangan sampai jadi bulat. leperkan pastu masuk gule melaka yang da siap potong dadu. uli jadi bulat semula. pastu susun dalam pinggan sampai habes dough. lepastu tu didhkan air dalam periuk. sementara tunggu air didih, sediakan kepala parut dalam pinggan/mangkuk. tamah sikit garam dan gaul sampai sebati. hold dulu. air didid je masuk terus semua buah melaka 1 per 1 dalam air tu. tunggu sampai buah melaka tu timbul (kira da masak). angkat dan tos air dy pastu masuk dalam pinggan isi kelapa tadi. golek3kan sampai melekat kelapa td. siap..
then, then, then...
Kueh puteri mandi
Bahan3:
1) Tepung pulut (1 cawan)
2) Kelapa parut (1/2 cawan)
3) Gula melaka (1 keping)
4) Daun pandan - untuk dikisar (3 helai)
5) Daun pandan - dicarik (1 helai)
6) Santan (1 cawan)
7) Air kapur (sedikit)
8) Garam (sedikit)
Cara3: 
pertama sekali, kisar daun pandan yang dipotong bersama sedikit air hingga hancur. Selepas itu, tapis dan ambil airnya. Kemudian, gaul tepung pulut bersama sedikit garam dan air perahan daun pandan tadi. Tambahkan air dan gaul hingga membentuk doh. Setelah itu, bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil. Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk. Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendidih tersebut hingga masak.Kuih akan terapung apabila sudah masak, angkat dan toskan airnya. (kaedah lebih kurang sama je kan macam buat kueh buah melaka tu. cuma xletak gula melaka jer..)Sementara itu, panaskan kuali, dan masukkan kelapa parut, diikuti dengan santan, daun pandan yang dicarik-carikkan, dan gula melaka. Kacau sebentar dan masukkan 1 cawan air. Kacau lagi hingga gula melaka benar-benar hancur. Kemudian, masukkan sedikit garam dan kacau lagi hingga sebati.Akhir sekali, masukkan kuih tadi gaul hingga sebati.
Kuih puteri mandi sedia untuk dihidang